Saturday, May 16, 2015

Happy Teacher's Day

HAPPY TEACHER'S DAY

Assalamualaikum dan selamat hari guru diucapkan kepada semua warga pendidik sama ada di sekolah bandar, sekolah pedalaman, sekolah kerajaan atau sekolah swasta, malah di rumah yakni ibu bapa yang mendidik anak-anak dari telapak kaki sebesar tapak tangan sehingga sudah besar panjang seperti saya.

Alhamdulillah, terasa hati senang sekali sebab sudah bergelar warga pendidik, walaupun masih novis lagi, tetapi sejujurnya perasaan itu lain, secara jujur, sebelum terjun ke dunia pendidikan, dalam hati saya sangat minat kerjaya fisioterapi. Cintanya terhadap sukan sangat tinggi, namun rezeki telah menetapkan saya akan berbakti pada anak bangsa. Redha jak!

Hari Guru pertama saya disambut dalam penerbangan ke Long Banga dari Marudi menggunakan pesawat ringan dari Maswing dan bunyi deruan sungai mengiringi perjalanan ke Long Lamai dari Long Banga dengan perahu. Ini merupakan hari guru yang paling bermakna sekali dalam sejarah saya, kenangan ini akan tersemat sampai mati, andai kata kelak ada yang bertanya "Cikgu ingatkah sambutan hari guru pertama cikgu?", dan jawapannya pasti, "Saya tidak akan pernah melupakan kenangan itu."

Penghargaan dan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mendidik dan mengajar saya, memarahi dan mengherdik saya, mengutuk dan memperlekeh kemampuan saya, sebab terlalu geram maka saya berusaha dengan gigih untuk berjaya dalam kehidupan. Terima kasih kerana tegasa dengan saya dahulu.

Buat guru-guru di SKBBD, SMK Jitra, MRSM PDRM, Kolej Matrikulasi Kedah, IPG Kampus Sultan Mizan, jurulatih-jurulatih saya sepanjang hayat saya, di Daerah Kubang Pasu, Kulim Bandar Baharu, negeri Kedah, kebangsaan dan jurulatih SIPMA  dan teristimewa buat ustajah Ruhaya dan cikgu Kamaludin yang mendidik dan membesarkan saya dengan penuh kesabaran, buat guru-guru di SK Kandis, Bachok, SK Chantum, Bachok dan SK Kg. Sireh, Kota Bharu, selamat hari guru, dan tidak dilupakan kepada warga SK Long Lamei, Selamat Hari Guru dan selamat mendidik dengan penuh kesabaran.


Terima kasih untuk ilmu dunia dan ilmu akhirat.


No comments:

Post a Comment