Thursday, February 5, 2015

SK Long Lamei, Ulu Baram, Sarawak

Alhamdulillah, masih bernyawa di bumi yang bertuah ini, Pertama sekali, bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa, dengan perlindunganNya, saya selamat sampai ke tanah Long Lamai. Bercerita sedikit latar belakang SK Long Lamei ini, penduduk dan etnik majoriti adalah Penan yang mana 100% Kristian. Penan merupakan etnik yang sangat unik.

Warga SK Long Lamei, sangat mesra dan ramah, hubungan yang baik ini mewujudkan rasa yang nyaman dan selesa.

Bercakap tentang first thought saya tentang SK Long Lamei, rentetan seminggu atau tujuh hari baru sampai ke sekolah, sekolah ni memang menarik, I'm totally amazed by the nature. Nature is speaking with me. Omaiii.

Sekolah ini mempunyai murid yang ramai berbanding sekolah di kawasan pedalaman lain, dengan hampir 90 orang murid dan 17 orang guru dan pembantu pengurusan murid. Dua orang guru sedia ada bakal berpindah dan yang menggantikan mereka adalah kami. Haha.

Memandangkan kami datang bersama hujan, maka siang dan malam kami hanya berkampung dalam rumah buat masa sekarang. Tunggu hari cerah sedikit baru saya boleh cerita suasana kampung Long Lamai, Ulu Baram, Sarawak, MALAYSIA.


Trivia SK Long Lamei.

Mempunyai 17 orang guru dan staf, merangkumi 10 orang guru lelaki dan 2 guru wanita, dan 4 staf lelaki dan seorang wanita.


Untuk sampai ke sekolah ini, terdapat dua cara, iaitu,

1. Menggunakan 4wd dari Miri ke Long Puak yang memakan masa hampir 8-9 jam dan perahu dari Long Puak ke Long Lamai dalam sejam perjalanan bergantung dengan keadaan sungai. 

2. Menggunakan penerbangan twin-otter daripada syarikat maswing dari Lapangan Terbang Miri ke Long Banga dengan jarak perjalanan 166km sekitar 1-2 jam dan perahu dari Long Banga ke Long Lamai yang memakan masa hampir sejam dua, bergantung kepada keadaan sungai. Kos maswing dari Miri-Long Banga. Penerbangan ini dijadualkan hanya pada hari Selasa dan Sabtu sahaja.


-to be continue-

Wednesday, February 4, 2015

Novice Teacher, Part 3

Assalamualaikum and hai Malaysia!

Seperti yang dijanjikan dalam bebelan kemarin, Novice Teacher, Part 2
Seharian dalam 4wd memang penat, maklum lah, dulu-dulu traveling semenanjung, naik highway ni, turun exit yang ni, 5 jam memang tidak terasa lenguh-lenguh badan.

Selepas saya dapat tahu partner yang akan check-in dekat sekolah yang terletak dekat ulu baram nun, kemain lagi, terus la roger-roger dengan cikgu senior dekat sekolah. Dapatkan sedikit bantuan untuk masuk ke dalam, maklum saja first time, memang zero pengetahuan langsung jadi nya.

Disebabkan GB ada urusan di luar, maka kami perlu menghubungi PK1 sekolah yang kebetulan turun ke Miri. So, tanpa rasa segan dan silu, memang laju jari tangan yang runcing ala-ala mak tiri snow white ni, dail number cikgu tu.

Seperti yang dijanjikan, kami bergerak awal dari marudi dengan 4wd Ahui. entah betul ke tidak nama dia, diorang ni transporter untuk kita keluar masuk Miri dan Marudi bagi yang tidak ada 4wd, bukan apa, kalau terasa kereta viva or kereta pesona sedara sedari memang tahan lasak, boleh masuk jalan miri-marudi dengan kereta sedan.

Area pukul 11 pagi, kami sampai dekat depan Merdeka Mall, cikgu memang tengah tunggu kami, and kami bekalkan diri dengan makanan dari kedai, of course la kedai halal kan, and, sebenarnya tidak susah nak cari kedai makan yang halal, dont worry.

4wd yang cikgu pandu pun bergerak meninggalkan bandar menuju ke Long Lapok, melalui Bekenu, lalu simpang Beluru dan sampai ke Pekan Lapok, memang terasa seram sejuk masa 4wd cikgu masuk simpang kanan, mula-mula blur sekejap, then generate balik idea. Haha maka kami memulkan perjalanan ke sebuah sekolah di kawasan Baram.

Sepanjang perjalanan, memang diam and hanya menjadi pemerhati alam yang setia, bila kebosanan, kami tertidur, and kadang-kadang kami akan selisih dengan lori-lori balak yang menggunakan laluan ini. Kagum rasa hati melihat betapa bertoleransi nya pengguna laluan ini, tidak mementingkan diri.

Lewat petang sekitar pukul 6 kami singgah di sebuah sekolah di Long San, sekolah tersebut memberi peluang anak-anak di pedalaman Sarawak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat menengah. Cantik suasana di kawasan Long San ini. Terdapat dua buah sekolah, satu sekolah rendah dan sebuah lagi sekolah menengah.

Lewat senja kami bergerak dari Long San ke Long Puak, katanya selepas itu, kami akan meninggalkan kereta di Long Puak dan menggunakan perahu untuk ke Long Lamai. Dalam kepala, macam-macam persoalan terlintas, sudah nak sampai? Betul ke saya dah nak sampai? Macam mana suasana Long Lamai tu? Memang macam-macam dalam kepala hotak, berselirat soalan, bersimpul-simpul.

Dalam pukul 9 malam, kami tiba di Long Puak, dan kelihatan beberapa orang kampung sedang menanti kami, dalam gelap memang jalan ikut redah kaki ja, tapi dalam kepala, ada pacat tidak??? Hehe, teruk betul. Penakut!

30 minit perjalanan menggunakan perahu Uncle William and kami sampai di tebing, malam tu hujan renyai-renyai memang ngam-ngam sambut kami, masa sampai kat tebing tu, tengok, ramai pulak menyambut, dalam kepala masih blur, "eh, ni siapa?" Kak Mag, orang yang banyak membantu masa saya kat Marudi, tentang makan-minum sini, malam itu jugak boleh dikatakan hampir semua keluarga baru kami dua berhimpun di rumah kakak, terasa kerdilnya dengan alam, 10 jam perjalanan, dan akhirnya kami sampai di Long Lamei, sebuah sekolah di pedalaman daerah Baram, Sarawak.

Satu sahaja yang terlintas dalam fikiran, hebatnya guru-guru ini, mereka melalui perjalanan yang penuh adventure. Meninggalkan hiruk pikuk kota raya hanya untuk menyambung legasi pendidikan dan menyebarkan secebis ilmu kepada anak watan.

Pesanan buat diri,
Hazwani, jadilah guru yang baik, dan hebat secekal hati pendidik-pendidik ini yang sentiasa mendidik tanpa keluh kesah.

In Shaa Allah


- to be continue-

Tuesday, February 3, 2015

Novice Teacher, Part 2

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, kemarin iolss story tentang *blur*

Novis Teacher Part 1, memang blur, pending bagai masa tu, kemain ingat nak "date" tengok wayang kat Alor Star Mall, tiba-tiba, buka mata pagi 30 Januari 2015, nampak Kuching Waterfront.

Selepas, simple conversation dengan orang-orang yang boleh diajak berbincang, dengan penuh rendah diri dan redha, saya memilih untuk bertenang dan menerima keputusan dengan ikhlas. Lewat petang Jumaat, kami menaiki bas dari Kuching ke Miri.

Perjalanan dengan bas, memang thrill sangat. Ingat dekat, last-last, pehh! Kematu bontot orang tua kata. Lepas duduk dalam bas almost 14 hours, terus...*blur* berganda jadi. Habis dari kepala ke ekor kami travel. Driver memang power, lenjan habis road tu.

Sedar awal pagi tu tengok, Batu Niah. Bayangkan dari Kuching-Miri habis semua kami lalu, Betong, Bintulu and last check point, Hentian Bas Miri.

Nak ke Marudi dari Miri mesti naik 4wd, so naik la kami, bukan free, RM40 seorang okay. Jalan boleh tahan, mencabar jugak.

Program Orientasi dengan Ppd Baram, banyak ilmu dan pengetahuan yang dikongsi, pegawai Ppd Baram mesra orangnya, senang diajak berbincang dan saling memahami dan menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Motif pulak nak cerita pasal Ppd Baram.

Boleh tahan lama kami honeymoon kat Marudi, lebih kurang 4 hari 3 malam, kami stay kat Mount Mulu Hotel, sampai hari ini, saat ini, still confused and tertanya-tanya kenapa Mount Mulu? Rasa macam tak dak gunung pun. *konpius*

3 Februari 2015, awal-awal kami keluar ke Miri semula dengan 4wd, sebab dah janji nak tumpang GPK sekolah yang kebetulan ada di Miri. 2 jam kroook kreekk dalam 4wd maka sampai ke Miri.

Info
Miri - Marudi jarak tak pasti, tapi lebih kurang 2 jam perjalanan, eh 1-2 jam, ikut speed la.
Kos tambang, RM35-RM40 seorang

Malas menaip dulu, tunggu Novis Teacher, Part 3

Memang cerita best, sebab Miri ke Long Lamai memang banyak cerita, banyak sangat. *Iya-iya ja*


-to be continue-