Thursday, January 29, 2015

Novice Teacher, Part 1

Assalamualaikum

28 Januari 2015

Alhamdulillah, 5 1/2 tahun di bumi Darul Iman, akhirnya saya membawa diri menimba ilmu dan pengalaman di bumi Kenyalang.

Mengimbau kenangan pagi 27 Januari 2015, memandangkan semua orang sudah ke sekolah, iolss kembali menyambung aktiviti rasmi penganggur berjaya, hibernasi.

Sedap punya lena pagi tu, celik-celik ja mata tengok kemain banyak miss call, aik rindu bebenar budak PJ Gegurls ni dengan iolss.

Bukak wassap, memang nah ambik kau nyahhh, SARAWAK! PAHANG! KL! SELANGOR! Memang dalam hati, kompom ni. Penempatan dah keluar!

Check and, tadaaaa SARAWAK. *blur* 

Laju-laju call mak and ayah, paksu, maksu, mak tok, tok cik, mak teh, sepupu-sepapat, dua pupu, kupu-kupu, maka bermula lah sebuah kisah yang sweet gitu.

Awal pagi 29 Januari kami bergerak ke KL sebab biasalah, anak manja, of coz mak dgn ayah hantar, tu pun lepas kemain iolss pau sedara mara kaum kerabat, biasa lah orang nak kerja oversea, semua orang datang melawat, senyap-senyap dapat rezeki *blushing*

Itu pun, petanda tu, raya nanti untuk double, kalau anak-anak ramai triple gaya ni, biasa la, cik long dah kerja *overexcited*

Sampai kat KL daftar, check-in hotel, orientasi kejap, then fly ke Kuching. Seharian di Kuching and dapat penempatan pertama, kumpulan (Miri/Baram/Subis) *blur* 

Dalam hati, "Ya Allah, jangan Miri!" hahahaha. Dapat surat, nah! SK Long Lamei, Baram. Laju-laju iolss call mak, "Mak, Along dapat SK Long Lamei, bukan pedalaman rasanya", mak iolss kemain, "Alhamdulillah, nasib baik"

Selang 5 minit, mak iolss call balik, "Along. Long Lama tu dekat  ja, ok la, P3 sekolah tu"..... *blur* Bila masa pula sebut Long Lama, macam lain ja bunyi, "Mak, bukan Long Lama, Long Lamei la..."

Selang 30 minit, "Along, awak tau tak, Long Lamei tu hujung nun, jauh heh, awak fikir bebaik, nanti susah kalau dah masuk" *blur*

Tadi kemain, bagus la P3. Ustajah oo ustajah, otak 2 saat, hehe..

Alhamdulillah, terima kasih pada pensyarah, Encik Khairuddin yang hadir memberikan kata semangat di Kuching, PJ Fighter yang menyokong kuat di belakang, Anip yang sudi menggantikan iolss, teringat kata dia, "Hg kalau rasa macam tak mau masuk duk pedalaman, rasa susah ka, risau ka, mai la tukar, cakap la kat aku, aku okay ja" 

Tenkiu anip sebab memang malam tu ak macam was-was jugak nak accept masuk sekolah tu, sebab family aku macam-macam ragam dah kat semenanjung.

Senior yang sekolah tu, terima kasih banyak sebab bagi info and banyak bantu persiapkan mental dan fizikal. Bila diberikan ruang dan peluang pada diri, saya memilih untuk cuba atasi kelemahan diri, bukan meninggi diri, tetapi cuba untuk melihat kemampuan diri. In Shaa Allah.

Maka bermula kisah kehidupan baru seorang PJ Fighter, di sebuah sekolah pedalaman di daerah Baram, Sarawak.

Esok iolss cerita lagi, perjalanan Novis Teacher, Part 2


-to be continue-